14.10.09

PANTUN SILAT CEKAK

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
.
Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri
.
Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
Insya-Allah mendapat faedah
.
Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya
.
Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat
.
Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat
.
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
diakhirat kita masuk neraka
.
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.

8 ulasan:

  1. Pasti ori, ori adalah asli. Tetapi adakah tulen?

    Sy ingin mencari kepastian sama ada ori atau tidak keadaan yg berlaku psda masa dan ketika ini dalam silat cekak, macam2 nama bersangkut dgn cekak, ckk Hanafi dan ckk M'sia mengguna sebahagian usul guru yg sama. Jd di mana ke-ori-annya? atau ygmana satu sebenar ori?

    Terdekat dalam Youtube - Dengar Betul2 terpapar syahadah gurunya, ingin tahu apakah syahadahnya adakah yg ori, setahu sedangkal ilmu saya, salah atau tdk, entahlah tp sungguh kelainan. Soalanya apa ini juga ori dan

    Cuba anda rujuk dgn pantun silat cekak : sebenr guru ada hakikat, dikuat amal syariat, ditambah pula ilmu makrifat, berpakaian pula dgn isyarat.

    Biasalah org Melayu pandai berkias, tp di mana syariat kalau lazim kalimah syahadahpun kantoi! memang dia dah bersemuka dgn tuhan seperti ditersirat jk bersaksi nyata dgn Allah, mk ini lebih dari makrifah... hebat! Pakaian berisyarat dgn budaya mana dirujuk, kalau langkah sumbang, bila bercakap tdk bersandar seperti pakaian seorg guru, isyarat ini yg susah nak kenal sama ada ori ke, ciplak ke ke atau fotokopi ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan lantang bersuara seperti menghina seni mereka. Jangan sibuk pertikaikan diri orang. Periksa jasad sendiri, apa yg harus diperbaiki.

      Padam
  2. utk pengetahuan cik yg di ats ...
    silat cekak malaysia di asaskan olh arwah ustz haji hanafi pd 28 disember 1965 bsmaan 5 ramadhan ..
    tetapi cekak hanafi di lhrkn berberapa tahun selepas cekak msia ..
    cik di ats , sila lah buka laman web kdua2 silat ni utk pgthuan cik sndri
    tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sahabat ingat mereka semua sebagai pemegang amanah,INGAT ITU TAK PAYAH DI PERTIKAIKAN,ORI ATAU TIDAK,ITU BUKAN KERJA KITA,jangan dijadikan perbalahan benda yg boleh membuatkan kita berpecah belah..INGAT ITU.

      Padam
  3. betul2..kajilah sejarah dulu

    BalasPadam
  4. Bg saya bkn persatuan, tp persilatan, bagaimana kita mencari guru.sebenar2 guru.br kena dgn pantun.sebenar guru Ada hakikat.bkn dgn persatuan

    BalasPadam
  5. Datangnya Dari IBU cekak....Dari panglima Gagak Hitam...APA yang Saya belajar dahulu yang berkaitan Silat Cekak..Cekak banyak cabangnya..ITU APA yang Saya pelajari dahulu..Salah silap harap diampun..

    BalasPadam
  6. Takyah gaduh2x...mintalah petunjuk pada Allah nak tau ori atau tidak...bila dah dpt petunjuk berusahalah bersungguh2x bergantung hati pada dia...kalau gaduh2 sesama ahli pun apa faedah...nak tau mana yg haq dan bathil...lakukan solat istikhorah...Islam itu mudah...ada masalah mengadulah pada Allah...bukan pada makhluk...semoga apa yg dikata selari dengan hati...

    BalasPadam