6.1.10

PETUA DAN PESAN

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing, "Makruh" kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh, "Makruh" dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (susah) kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki/berkat.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan, "makruh" dan mewarisi kepapaan.

Jangan menangguh taubat bila berbuat kesalahan kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan kita, hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita, nanti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah, sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan, doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN, sebab semuanya untuk keselamatan kita, ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

3 ulasan:

  1. dah lama tak dengar pesan

    TMP

    BalasPadam
  2. Jangan lupa cari duit, walaupun itu bukan tujuan hidup.

    BalasPadam
  3. take hold of your iman
    dont givin to shaitan

    BalasPadam