a. Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah.
b. Ibadah biar sedikit cukup, tapi terasa, berjiwa, puas dan memberi kesan kepada jiwa.
c. Kita beribadah dengan tujuan menyembah Allah yang memang patut disembah. Jangan pula kita beribadah itu untuk menyembah nafsu kita dengan cara membina mazmumah.
d. Kalau orang alim tidak sedar akan kealimannya (tidak mengaku alim) ini petanda baik, tapi kalau orang bodoh tidak sedar akan kebodohannya ia sangat pelik.
e. Seseorang yang merasa sudah beramal kerana memang amalannya banyak,itu maknanya dia tenggelam dalam kebesaran dirinya dan dia telah syirik khafi.
f. Ada orang sembahyang banyak tapi ingat Allah sedikit. Ada orang yang boleh sembahyang sikit tapi ingat Allah banyak. Pilihlah yang kedua kerana tujuan sembahyang ialah untuk mengingati Allah.
g. Seseorang yang merasa belum beramal sedang amalannya sudah cukup banyak, tandanya dia sudah tenggelam dalam kebesaran Allah.
Silat Kedah: http://themalaypress.blogspot.com/2009/10/silat-kedah.html
BalasPadamPada 3 hb july 2008, masuk bulan rejab malam jumaat, setelah maghrib muncul makhluk bersayap yg sayapnya seperti mutiara-mutiara yg bertebaran di muka bumi, begitu besarnya beliau dari pandangan saya, yg berjarak kira-kira 5 meter dari hadapan saya, keindahan beliau tidak terlukiskan. Perkataan beliau yg pertama adalah: Tuliskan! diulang sekali lagi Tuliskan! Saya cepat mengambil kertas dan pen kemudian duduk kira-kira satu meter di hadapan beliau. Perkataan beliau yg kedua: Assalamu'alaikum! Saya jawab, wa'alaikumsalam. Perkataan beliau yg ketiga: saya Jibril, Tuliskan! Saya akan datang bersama Isa almasih kedunia bersama sembilan wali-wali dan bersama 200 lebih malaikat-malaikat. Waktu sudah sangat singkat, mulai tahun 2010 banyak kejadian yg akan meragut jiwa manusia. Perkataan beliau yg keempat: apa yg engkau inginkan? menyebarkan firman-firman Allah S.W.T, jawab saya. Perkataan beliau yg kelima: ada lagi? InsyaAllah, Allah S.W.T akan memberikan petunjuk kepada kami, jawab saya. Perkataan beliau yg keenam: baiklah! lantas beliau mengambil kedua belah tangan saya, beliau menyuruh saya berzikir. -Allahuakhbar33x- Subhanallah33x-Alhamdulillah33x- Allah33x -Lailahaillallah33x-Lailahaillallahmuhammadarasulullah33x Perkataan beliau yg kesepuluh: ingat! 1.jangan engkau sombong 2.bersabarlah 3.sayang kepada kedua orang tua 4.jangan engkau membuat kesalahan, beliau tunduk sejenak, lantas beliau berkata, saya mesti kembali dan menyapa saya Assalamu'alaikum, saya jawab Wa'alaikumsalam Jibril a.s, dia membuka sayapnya lantas terbang begitu cepatnya.
BalasPadamWassalam.