4.4.10

BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' 


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH (sebagai pengetahuan)

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan melalui Jibrail kepada Muhammad

2. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengar seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

3. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

4. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

5. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30). Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

6. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

7. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

8. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung ganang kepadanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

* Kebanyakan kedai mamak menggunakan 786 di papan tanda hadapan kedai mereka kerana ambil berkat dan sebagai pelaris kerana 786 kali ayat BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIM termaktub di dalam Al-Quran. Wallahua‘lam.

2 ulasan:

  1. Khabarnya "786" ni asal kisah dari india yg mana sentiasa ada ketegangan agama antara islam dan hindu. Bagi menandakan/menyatakan secara tersirat bahawa kedai makan atau restoran dimiliki olih pengusaha islam maka dibuat simbol "786" (sempena bismillah) jadi tak perlu tulis ayat Quran, mengelak dari sabotaj puak hindu.

    BalasPadam
  2. بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

    BalasPadam