14.7.10

MUTIARA HIKMAH


KAYA ni sifat tuhan.. kalau pada kita janganlah kata KAYA.. kalau kata SENANG tu boleh lah.. sebab semua yg kita ada ni adalah pinjaman...

Disebalik bala ada nikmat. Disebalik nikmat ada bala

Biarlah hidup miskin, asalkan dapat menjalankan taat kepada Allah dan Rasulullah, daripada kekayaan yang menderhaka kepada Allah. Biarlah tidak berpangkat asalkan menjadi manusia yang baik daripada berpangkat tinggi dan merosakkan hak orang lain. Biarlah hilang pangkat, kekayaaan, asalkan jangan hilang akal, kerana akal itu adalah sebesar-besar nikmat Allah Ta’ala, dari segala-galanya.

Orang yang tidak mempunyai perasaan dengki kepada kita di dunia ini hanya:
Sebenar-benar guru, kerana guru itu suka melihat kejayaan dan kepandaian muridnya lebih darinya. Ibu-bapa, kerana dengan kejayaan anaknya ia merasa senang, walaupun anak-anaknya tidak memberi kepadanya atau mengenang jasa kedua ibu-bapanya. Selain daripada orang-orang ini hendaklah berwaspada.

Sebesar-besar percubaan (bala) di dunia ini ialah orang yang ditimpa bala tidak tahan sabar; tetapi jika bersabar pada bala (cubaan) yang besar akan menjadi kecil sahaja.
Sebenar-benar PERJUANGAN ialah penghujungnya kita tidak perolehi apa-apa..

Untuk Guru, Ibu dan Bapa...Bukan Taksub tapi Taat, Bukan Sembah Tapi Kasih.  Pandai itu Ilmu yang boleh belajar tapi Iman itu KURNIA, tak boleh belajar.

Sembahyang bukan pasal nak masuk syurga. Yang masuk syurga itu (kerana) IMAN.  Didik diri jadi BERANI - Nak BERANI kena BERSIH

Masuk Syurga Kerana IMAN, Masuk IMAN kerana KURNIA

semua orang lahir ke dunia ini tiada membawa apa-apa pun,
maka didalam dunia ini jika kita telah mempunyai sehelai baju,
ber erti kita telah beruntung

Gantunglah Hatimu Pada Tuhanmu, Janganlah Gantung Hatimu Pada Hartamu

yang dikatakan susah itu macam tak boleh makan, tak boleh tidur, tidak boleh tutup mulut, tak boleh buang air bukan tak ada duit! tak ada duit itu maknanya tak ada duit

Kalau tanam pokok buah dengan sebiji benih sahaja, maka kalau makan dapat buah tersebut sebiji sahaja telah dapat modal, kalau dua telah untung

keluarkan isi akalmu, jangan keluarkan isi perutmu

berpangkatlah kamu, jangan kamu terpengaruh dengan pangkatmu,
berhartalah kamu, jangan terpengaruh dengan hartamu.
beristeri/suamilah kamu, jangan terpengaruh dengan isteri/suami kamu.

pemerintahan kafir yang adil itu lebih baik daripada pemerintahan islam yang zalim.

Boleh jadi penghisap candu itu mati di atas katil.
Boleh jadi orang alim mati di dalam mati di tandas.
Boleh jadi orang berpangkat mati ditepi jalan.

sedangkan anjing yang kelaparan bila diberi makan akan mengenal orang yang berjasa kepadanya, apatah lagi manusia sewajibnya mengenang jasa tuannya

kita jangan cepat luntur dalam usaha mencapai matlamat perjuangan.
Sekiranya kita tidak dapat mencapainya, anak kita akan mencapainya.
Jika tidak cucu kita akan mencapainya.

Dan berusahalah bersungguh-sungguh serta bergantung hati kepada Allah S.W.T

Kalau kita kuat lari seperti kuda, manusia menggunakan kita sebagai kuda lawan,
Kalau kita bengis seperti harimau, manusia menggunakan kita untuk main sarkas,
Kalau kita kuat seperti gajah, manusia menggunakan kita menarik kayu balak
Kalau kita kuat, keras seperti besi dibuatnya jambatan,
Tetapi jika kita mempunyai fikiran yang sempurna, sesiapa pun tidak boleh mengapa-apakan kita. Oleh itu hidup di dunia ini mestilah mempunyai fikiran yang sempurna dan waras, supaya kita tidak menjadi alat kepada manusia manusia yang sentiasa mencari kesempatan.

Kapak yang dibuat dari besi tidak boleh memotong kayu, tetapi kayu juga yang boleh memotong kayu (kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh digunakan).

Untuk hidup janganlah takut menghadapi kesusahan, kerana tiap-tiap kesusahan itu ada kesenangan dan jangan takut manusia benci untuk menegakkan kebenaran, kerana setiap kebencian itu ada manusia lain menyukainya.

Ramai manusia boleh sabar di masa kesusahan (atau penderitaan) tetapi ramai yang tidak bersyukur di masa kesenangan.

Sebaik-baik manusia ialah orang yang boleh menyesuaikan dirinya dengan orang-orang yang rosak akhlaknya sehingga dapat memperbaharui akhlak orang itu hingga menjadi baik.

Harimau memakan manusia, bukan kerana jahat, tetapi kerana lapar,
buaya memakan manusia kerana lapar, musang memakan ayam kerana lapar,
tetapi ular mematuk manusia kerana khianat (kerana ia bukan dapat makan manusia itu).
Oleh itu orang yang khianat itu lebih dahsyat dari pembunuh kerana ia menganiaya manusia. Inilah sebesar-besar kejahatan.

kalau suka, janganlah suka sangat-sangat, mana tahu esok lusa bergaduh... kalau benci, janganlah benci sangat-sangat, mana tahu esok lusa berbaik

# petikan dari warisan bani jawi

1 ulasan: