26.8.10

HARTA

Di bandar Madinah tinggal seorang hartawan yang kaya raya, kehidupan sehariannya dipenuhi dengan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Bersedekah adalah amalan tetap beliau, dengan harta kekayaan yang melimpah ruah dia tetap dengan kehidupan yang sederhana, setiap kali datangnya musim haji dialah orang yang paling banyak mengeluarkan sedekah. Beliau terkenal dengan baik hatinya dan disukai oleh semua penduduk disana. Hartawan tersebut mempunyai 5 orang anak yang kesemuanya sudah berkeluarga dan sibuk dengan urusan masing masing, yang merisaukan si hartawan ini ialah bagaimana nanti kalau dia sudah meninggal dunia, bagaimana nanti anaknya akan menguruskan harta nya yang banyak itu kerana anak anak beliau lebih cintakan dunia. Bagaimana nanti kalau hartanya tidak digunakan ke jalan yang benar.

Siang malam ia bermunajat kepada Allah meminta petunjuk dan apa yang harus dilakukan. Pada suatu subuh yang dingin, beliau telah mengumpulkan semua anak anaknya untuk memberitahu wasiatnya, ”wahai anak anakku, tujuan abuya mengumpulkan kamu semua ini adalah untuk memberitahu wasiat kepada kamu semua sekiranya, abuya sudah tiada lagi didunia ini”. Apalagi, berpandangan lah mereka kerana terbayangkan harta yang banyak, dan tak sabar lagi menunggu wasiat dari abuyanya. Begitulah kelakuan anak anaknya, yg membuatkan si hartawan itu sedih. Tetapi dengan satu syarat, sekiranya ia mangkat nanti, ia mahu salah seorang dari anaknya menemankan selama tiga hari semasa ia dikebumikan didalam kubur dan siapa yang sanggup dialah yang akan mewarisi hartanya, dan ia juga yang layak untuk membahagikan harta tersebut kepada adik beradik yang lain dan sekiranya tiada yang sanggup, hartanya akan diwakafkan kepada orang miskin.

Terkejut lah anak anaknya tentang wasiat Hartawan tersebut, lalu mereka meminta untuk berbincang adik beradik. Abang yang sulung mengesyorkan agar diupah orang kampong yang miskin hidupnya untuk menemankan abuyanya semasa didalam kubur, sebab abuyanya tidak akan tahu siapa yang menemankan nya nanti kerana sudah mangkat dan selepas itu kita berikannya upah yang banyak dan menjadi kaya raya. Kesemuanya bersetuju dengan cadangan tersebut dan segera memberitahu yang mereka bersetuju dengan syarat tersebut, Hartawan tersebut sungguh bangga dengan anaknya yang sulong kerana pada anggapannya anaknya itu akan menemankannya nanti, ”Syukur” katanya dalam hati.

Keesokan hari nya maka kesemua anak anaknya pergilah keseluruh pelusok kampung untuk mencari sesiapa yang sanggup menemankan abuyanya, tetapi malang tiada siapa yang sanggup untuk tidur didalam kubor selama 3 hari dengan mayat, ini kerja gila kata orang kampong, setelah penat mencari si sulong sudah hampir putus asa dan berehat di padang rumput yang dipenuhi kambing biri biri dan ternampak seorang lelaki yang gagah dengan segulung tali di lengannya. “mungkin dia ini si pengembala kambing, baik aku cuba offer dia” fikir nya,

Dia pun menemui si pengembala kambing tersebut, bertanya akan kehidupannya, lalu sipengembala memberitahu keadaannya yg miskin kehidupannya kais pagi makan pagi kadang kadang ia tak makan sampai 3 hari, kesian kata sisulong kepada nya. Lalu sisulong berkata “mahukah kau menjadi kaya wahai si pengembala kambing?” “mestilah mahu” jawabnya dan bercerita lah tujuannya dan dengan syarat nya sekali. Si pengembala kambing tersebut bersetuju kerana dengan 3 malam sahaja dia akan menjadi seorang saudagar kaya! “yahoo, ana kayalah”! teriak si pengembala tu.
“ini kerja senang” katanya “kalau satu bulan pun ana boleh” kata si penegembala kambing.

Dipendekkan cerita, selepas sepurnama berlalu maka mangkatlah Hartawan tersebut. Maka bersedih bercampur gembiralah semua anak anaknya dan segeralah siabang sulong mencari sipengembala kambing tersebut agar menemankan arwah abuyanya seperti mana yang telah dipersetujui, untuk tinggal didalam kubor selama 3 hari 3 malam. Maka dengan segulung tali yg sentiasa berada ditangannya, ia dengan bangganya masuklah kedalam kubor dan tidur bersebelahan mayat abuya, cuma dipisahkan dengan papan penutup liang lahat.

Setelah arwah abuya selamat dikebumikan dan ditalkin, maka tinggallah sipengembala kambing bersama tali dan jenazah Hartawan, di dalam kubur yang gelap gulita itu membuatkan sipengembala kambing menjadi cemas dan bau yg amat wangi membuatkan ia berfikir siapakah orang yang meninggal ini, ini mesti orang yang beriman, sedang asyik berfikir terdengar suara garau memberi salam, maka terperanjatlah si pengembala tersebut, dalam fikirannya mungkin salam tersebut ditujukan pada jenazah disebelahnya, jadi ia mendiamkan diri sahaja, namun tiada jawapan. Sekali lagi salam diberikan dengan suara yang bertambah garau, bertambah kecut perutlah kawan tu tapi ia tetap mendiamkan diri, masih tiada jawapan, si pengembala tersebut terfikir mungkin salam itu ditujukan kepadanya. Terdengar salam yang ketiga dengan suara yang amat menakutkan, dengan terketar ketar ia menjawab salam tersebut, ”waalaikumssssssalam, siapa kamu?”

“Wahai orang yg membawa tali, mengapa kau ada disini?” Lalu ia menceritakan perkara yg sebenarnya, kemudian suara itu bertanya lagi, ”apa yg kau bawa itu, “ tali 'jawabnya, ”apa guna tali itu?” suara itu berta-nya lagi, ”untuk memudahkan aku menjaga kambingku dan kerja yg bakal kulakukan”. Suara itu bertanya lagi, ”dari mana engkau dapat tali ini?”, ”bagaimana cara kau mendapatkan tali ini, dari sumber mana kau beli tali ini ?” suara itu terus bertanya mengenai tali tersebut sehinggalah sampai hari yang ketiga. Anak si Hartawan tadi pun menggali semula kubor tersebut dan mengeluarkan si pengembala tadi, dengan mukanya yang pucat lesi dan menggigil ketakutan, membuatkan anak Hartawan tersebut menjadi bingung.

Maka bertanyalah ia kepada gembala tersebut mengenai ganjaran yang ia mahu, “mintalah sebanyak mana pun, kami akan berikan padamu wahai pengembala!“ katanya, lalu pengembala kambing tersebut memberitahu “aku tidak mahu satu sen pun harta dari kamu wahai orang muda?”, “mengapa?” tanya si sulong, lalu dia menceritakannya apa yg berlaku semasa didalam kubor selama 3 hari itu. ”sedangkan tali yang aku bawa ini pun, sampai 3 hari ini pun masih belum habis ditanya, inikan pula harta yang banyak! nasib baiklah kau dah keluarkan aku kalau tidak, tak taulah apa yang jadi dan macam mana aku nak jawab lagi, inikan pula dengan harta yang begitu banyak berapa lama pula aku nak jawap, jadi kau simpanlah harta kau tu, gunakanlah dengan sebaiknya!”.
Maka si pengembala terus beredar dari situ dengan meninggalkan seribu keinsafan di hati anak anak Hartawan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan