29.4.10

7 Salamun (BUKAN DOA TAWASSUL SILAT CEKAK)

7 Ayat Keselamatan (Salamun) ini dibaca masing-masing 7x setiap sehabis sholat subuh dan maghrib, InsyaAllah kita akan terbebas dari segala macam bahaya dan mendapat perlindungan Allah SWT

1. Salamun Qaulam Mirrabbirrahim 7x
2. Salamun Ala Ibrahim 7x
3. Salamun Ala Nuhin Fil Alamin 7x
4. Salamun Ala Musa Wa Harun 7x
5. Salamun Alaikum Thibtum Fadhkhuluha Khalidin 7x
6. Salamun Ala Ilyasin 7x
7. Salamun Hiya Hatta Mat La'il Fajr 7x


Telah kubaca ayat-ayat suci di dalam Qalam Ilahi, dalam surah As-Shaffat. Ada satu hal yang sangat membuat jiwa ini ikut merindukan untuk mendapatkannya. Di dalam surah As-Shaffat dikisahkan para Nabi dan Rasul yang mulia. Para utusan Allah tersebut mendapat ucapan salam. Sebuah salam yang sangat indah. Sangat indah sekali.. Karena salam itu berasal dari Ar-Rahim, Allah Yang Maha Penyayang:

“Salamun ‘ala nuhin fil ‘alamin.” (Kesejahteraan (Kami limpahkan) atas Nuh di seluruh alam)

“Salamun ‘ala ibrahim.” (Selamat sejahtera bagi Ibrahim)

“Salamun ‘ala musa wa harun.” (Selamat sejahtera bagi Musa dan Harun)

“Salamun ‘ala ilyasin.” (Selamat sejahtera bagi Ilyas)

“Wasalamun ‘alal mursalin.” (Dan selamat sejahtera bagi para Rasul)


Dan di surat Al-Ahzab: 56 Allah berfirman:

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”

"Assalamu’alaika ayyuhan Nabi warahmatullahi wabarakatuh"

Tidak hanya kepada para Nabi dan Rasul, Allah Yang Maha Penyanyang masih memberikan salam. Salam untuk penghuni syurga.

“Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka). Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, bertelekan di atas dipan-dipan. Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta"

“Salaamun qoulam mirrobbirrohiim”, (Kepada mereka dikatakan): “Salam”, sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.” (Q.S. Yassin: 55-58)

Ya Allah adakah salam dari-Mu untuk kami?

Ya Allah kami sangat merindukan salam. Salam yang sangat indah dari-Mu.

Tapi amal apa yang sudah kami lakukan? Jauh sekali jika dibandingkan dengan para Nabi dan Rasul. Perjuangan mereka begitu besar, mereka melakukan semua perintah-Mu dengan setulus cinta pada-Mu. Maka sangatlah pantas jika mereka menjadi kekasih-Mu dan mendapat ucapan salam dari-Mu. Tetapi amal kami, sangat sedikit sekali tak mencukupi untuk mendapat salam dari-Mu. Bahkan kami lebih sering melalaikan perintah-Mu, sering menyekutukan-Mu.

Ya Allah, ampunilah aku dan saudaraku, tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain Engkau. Ya Tuhanku, masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan sesungguhnya Engkau adalah Maha Penyayang. Amin

18.4.10

10 SAHABAT (R.A) YANG DIJAMIN OLIH NABI MUHAMMAD S.A.W.

1. ABU BAKAR SIDDIQ R.A.

Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah S.A.W. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut :

“Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:” janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

2. UMAR BIN KHATAB R.A.

Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah dihadapan Rasulullah S.A.W. (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi dan Rasulullah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Di zaman kekhalifahannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Rom Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun.

3. USMAN BIN AFFAN R.A.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannya lah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasulullah S.A.W. hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah S.A.W sehingga menjadi sebuah kitab (Al-Quran) sebagaimana yang kita dapati sekarang.

4. ALI BIN ABI THALIB R.A.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasah perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah S.A.W. sejak kecil dan hidup bersama, sehingga Rasulullah S.A.W. diangkat menjadi Nabi dan Rasullullah dan sehingga Rasullullah S.A.W. wafat.

5. THALHAH BIN ABDULLAH R.A.

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah S.A.W. sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib.

6. ZUBAIR BIN AWAAM R.A.

Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habsyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib.

7. SA’AD BIN ABI WAQQAS R.A.

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah S.A.W. dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud.

8. SA’ID BIN ZAID R.A.

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasulullah S.A.W. untuk menjadi mata-mata gerakan musuh (Quraish).

9. ABDULRAHMAN BIN AUF R.A.

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah S.A.W. Turut berhijrah ke Habsyah sebanyak 2 kali.

10. ABU UBAIDILLAH BIN JARRAH R.A.

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habsyah pada musim kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah S.A.W.

9.4.10

PETUA PEMAKANAN

Larangan pemakanan yang bolih menyebab kan penyakit jika diamalkan, JANGAN makan serentak (+) makanan seperti dibawah:-

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR AYAM
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU

Jangan makan buah selepas makan nasi, sebaliknya makan lah buah dahulu, baru makan nasi.
Jangan sesekali tinggalkan makan malam kerana sesiapa yang tinggalkan makan malam, badan akan dimamah usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.

(Nampak seperti ganjil dan pelik..tetapi memang benar terutama kesannya semasa umur lewat.)

Dalam kitab lama juga ada larangan kita memakan makanan dari darat bercampur dengan makanan dari laut. Nabi pernah menegah kita memakan ikan bersama-sama susu. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini telah dibuktikan oleh saintis yang membuat penyelidikan permakanan. Dalam badan ayam mengandungi ion(+) manakala dalam ikan pula mengandungi ion(-), jika dalam setiap suapan yang terdiri dari ayam bercampur ikan maka berlakulah tidak balas kimia dan ia menghasilkan suatu unsur yang boleh merosakkan usus.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila selesai, disunatkan kita menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda dari yang terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak mudah hadam).

Sama-samalah kita mengamalkannya, semoga mendapat manafaat dan berkat. (Wallahua'lam)

4.4.10

BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' 


KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH (sebagai pengetahuan)

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan melalui Jibrail kepada Muhammad

2. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengar seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

3. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

4. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

5. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30). Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

6. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

7. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

8. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung ganang kepadanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

* Kebanyakan kedai mamak menggunakan 786 di papan tanda hadapan kedai mereka kerana ambil berkat dan sebagai pelaris kerana 786 kali ayat BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIM termaktub di dalam Al-Quran. Wallahua‘lam.

25.3.10

TAKABBUR


Islam adalah satu al-Din yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan umatnya. Islam diturunkan oleh Allah S.W.T. untuk memandu manusia ke jalan yang lurus dan diredhai-Nya. Secara umumnya, ‘ulama’ kita telah menghuraikan bahawa Islam itu terdiri daripada tiga perkara pokok iaitu aqidah, syariah dan akhlaq.

Akhlaq berasal daripada perkataan Arab yang diambil daripada perkataan al-khuluq yang bererti perangai atau tingkah laku, tabiat, kepercayaan dan pegangan. Akhlaq yang mulia melambangkan hati seseorang yang bersih dan bening serta suci dan luhur. Tidak syak lagi bahawa jiwa yang bersih akan melahirkan tingkah laku dan gerak geri yang mulia, sopan dan tertib.

Sumber nilai-nilai akhlaq adalah berdasarkan al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. yang mulia. Maka daripada firman-firman Allah S.W.T. dan Sunnah Nabi S.A.W., ‘ulama’ silam kita telah mengarang pelbagai kitab-kitab yang bermanfaat yang ada menyentuh tentang akhlaq yang mulia, contohnya Ihya’ ‘Ulum al-Din dan Bidayah al-Hidayah karangan Imam al-Ghazali, al-Nasa’ih al-Diniyyah wa al-Wasaya al-Imaniyyah karangan Shaykh al-Habib ‘Abdullah ‘Alawi al-Haddad, al-Risalah karangan Abu al-Qasim ‘Abd al-karim b. Hawazin b. ‘Abd al-Malik b. Talha al-Qushayri, al-Hikam karangan Shaykh Ibn Ata’illah al-Sakandari dan lain-lain.

Allah S.W.T. telah mengutus Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pelengkap segala rasul. Nabi Muhammad S.A.W. diutuskan dengan membawa ciri akhlaq yang utama iaitu ‘penyerahan diri kepada Allah’ dan beliau juga diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq tersebut sebagaimana sabdanya, “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq.” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim). Maka memang sepatutnya kita melafazkan salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan Nabi Ibrahim a.s. di dalam tahiyyat solat kita seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. Melalui mereka, kita dapat merasai nikmat Islam dan Iman.

Allah S.W.T. telah berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merendahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takabbur.” (Surah al-Sajdah: 15).

Maka, daripada tafsiran ayat al-Quran tersebut, jelas menunjukkan bahawa mereka yang beriman kepada ayat-ayat Allah terdiri daripada mereka yang bersifat tidak sombong, angkuh dan takabbur serta merendah diri. Mereka tidak angkuh untuk menerima arahan daripada Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W. Sikap ini jelas bertentangan dengan sikap mereka yang kafir dan fasik.

Bolehlah diambil pengajaran daripada ayat al-Qur’an tersebut, bahawa akhlaq orang yang beriman kepada ayat-ayat Allah S.W.T. adalah tidak sombong dan takabbur serta sentiasa membasahkan lidah mereka dengan mensucikan dan membesarkan Allah S.W.T. Ini bermakna mereka sentiasa mengingati Allah dengan membesarkan dan menyucikan-Nya dengan sebanyak-banyak sebutan.

Maka, kita sebagai orang Muslim yang beriman kepada ayat-ayat Allah, hendaklah kita menjauhkan diri kita daripada sikap sombong dan takabbur. Bagi menjauhi daripada dua sikap yang tercela ini, hendaklah kita mengetahui keburukannya dan seterusnya cara-cara untuk menjauhi dan mengubatinya.

Allah S.W.T. telah berfirman:

Maksudnya: “Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar daripada tanda-tanda Kekuasaan-Ku…” (Surah al-A‘raf: 146).

Nabi S.A.W. telah bersabda:

“Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya ada seberat zarah daripada takabbur.”
(Hadith riwayat Muslim).

Nabi juga telah bersabda:

“Allah Ta‘ala berfirman: “Takabbur itu redha-Ku dan kebesaran itu izar-Ku. Maka barangsiapa berebut salah satunya dengan Aku, maka Aku lemparkan dia ke dalam Jahannam.”

Secara ringkasnya, dapat dihimpunkan perkara-perkara yang menyebabkan sifat takabbur kepada tujuh:

1. Ilmu

Dapat kita ketahui bahawa orang yang berilmu dihormati oleh orang ramai. Maka tidak menghairankan sekiranya orang yang alim itu berasa takabbur dengan ilmunya, berasa besar diri dengan ilmunya, dan memandang rendah kepada orang lain terutama kepada mereka yang kurang ilmunya. Sebagai orang yang berilmu mereka berasa bahawa orang lain perlu sentiasa mengagungkannya, dan tiada siapa boleh menegur dan memberi nasihat kepadanya. Dia juga mungkin melihat orang lain yang kurang ilmunya sebagai manusia yang rendah tarafnya berbanding dirinya. Dia juga mungkin berasa bahawa dirinya sahaja yang akan selamat di sisi Allah manakala mereka yang lain akan binasa. Oleh kerana itu, kita mendapati bahawa ilmu itu boleh menjadi punca terbesar kepada sifat takabbur. Oleh kerana itu, Allah S.W.T. telah mengingatkan para nabi-Nya dengan firman-Nya:

Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.” (Surah al-Syu‘ara: 215).

Selain itu, tidak dapat tidak mereka yang berilmu itu beramal dengan ilmunya. Jadi adalah menghairankan sekiranya mereka yang berilmu itu berperangai dengan sikap takabbur. Tidakkah mereka pernah mendengar sabda Nabi S.A.W. :

“Bahawasanya yang terlebih sangat manusia seksa pada hari kiamat itu orang alim yang tiada memberi manfaat akan dia ilmunya” (yakni tiada mengamalkan dengan ilmunya). (Hadith riwayat Thabrani dan Baihaqi).

Maka sewajarnya mereka yang berilmu merupakan orang yang paling bersungguh-sungguh menjauhi sikap takabbur.

2. Amal Ibadat

Ada di kalangan ahli ibadat memiliki sifat takabbur disebabkan banyaknya amal ibadat yang dilakukannya. Mereka ini berasa merekalah sebaik-baik manusia yang paling layak mendapat tilikan rahmat daripada Allah. Mereka ini tidak dapat memanfaatkan amal ibadah yang dilakukan untuk menempa sifat-sifat mulia dan menjauhi sifat takabbur. Ada juga antara mereka yang apabila sudah terlalu takjub dengan amal ibadat mereka yang banyak berasa bahawa manusia lain yang kurang amal ibadatnya akan binasa. Rasulullah S.A.W. telah bersabda: 

“Jika kamu mendengar seorang mengatakan semua orang binasa, maka dialah yang lebih binasa.”

Ada juga di kalangan mereka yang berasa bahawa amal ibadat mereka semata-mata akan membawa mereka kepada rahmat dan syurga Allah. Mereka terlupa bahawa amal ibadat mereka itu bukan penentu utama untuk masuk syurga, tetapi sebenarnya ia bergantung kepada rahmat dan belas kasihan Allah. Cukuplah sekiranya kita dapat mengambil iktibar daripada sabda Nabi Muhammad S.A.W.:

“Tiada masuk syurga orang yang ada pada hatinya setimbang semut kecil daripada biji sawi daripada takabbur.” (Hadith riwayat Muslim).

Ini tidak bermaksud bahawa kita boleh meninggalkan amal ibadat dan tidak bersungguh-sungguh melakukannya. Tetapi hendaklah kita mengelakkan diri daripada terpedaya dengan amal ibadat kita sendiri.

3. Nasab Keturunan

Ada sesetengah manusia bersifat takabbur disebabkan oleh nasab keturunannya. Dia bermegah-megah dengan kemulian keturunannya dan memandang rendah orang lain yang tidak mempunyai nasab keturunan sepertinya. Mereka berasa keturunannya yang terdiri daripada salihin, ‘amilin, hartawan, bangsawan dan sebagainya menyebabkan mereka menjadi manusia yang mulia. Dari Abu Dhar r.a. katanya:

“Pada suatu hari aku bercakap-cakap dengan seorang, kataku: “Wahai anak si hitam.” Rasulullah S.A.W. segera menegur, sabdanya: “Wahai Abu Dhar! Tidak ada kelebihannya bagi anak si putih ke atas anak si hitam.”

Mendengar teguran itu, Abu Dhar pun segera membaringkan badannya seraya berkata kepada orang yang dikatakan anak si hitam, “Bangunlah dan pijak mukaku ini.” (Hadith riwayat Ibn Mubarak dan Ahmad).

Jelas di sini, sahabat Nabi S.A.W. segera menyedari kesilapannya dan bersedia merendahkan dirinya untuk menghilangkan rasa takabbur.

4. Paras Rupa Dan Kehebatan Fizikal

Ada berlaku di kalangan manusia yang takabbur dan menyombong diri di atas kecantikan dan kehebatan rupa parasnya. Maka timbullah di dalam dirinya rasa takjub dengan keindahan dan kehebatan rupa parasnya. Wajarlah mereka ini merenung sabda Rasulullah S.A.W.:

“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada bentuk dan rupa kalian, akan tetapi Allah memandang kepada hati sanubari kalian.” (Hadith riwayat Muslim).

5. Harta Kekayaan

Biasanya sifat ini dimiliki oleh para pembesar dan para saudagar perniagaan. Mereka memandang rendah kepada golongan fakir miskin dan menganggap fakir miskin itu terdiri daripada mereka yang bodoh dan malas berusaha. Sedangkan mereka yang kaya itu tidak mengetahui keadaan sebenarnya. Sekiranya mereka mengetahui bahawa Allah berkuasa menarik balik segala harta kekayaan dengan sekelip mata, maka tiadalah mereka bersifat dengan sifat takabbur yang keji.

Ada juga di antara mereka menganggap golongan kaya mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah S.W.T. Mereka berkata bahawa mereka boleh bersedekah dengan sebanyak-banyak sedekah, sedangkan si fakir miskin itu untuk menyuap sesuap nasi ke mulut sendiri pun masih belum tentu. Mereka lupa sebenarnya Allah telah menempatkan kedudukan yang istimewa kepada golongan fakir miskin yang beriman kepada Allah S.W.T. Sesetengah golongan kaya sibuk dengan slogan ‘jihad ekonomi’ sehingga lupa jihad yang lebih besar iaitu jihad melawan hawa nafsu. Nabi S.A.W. telah bersabda:

“Kita kembali daripada perang kecil menuju perang besar.”

Maka tidak sewajarnya si kaya memandang rendah si miskin, kerana seperti yang diterangkan bahawa si miskin yang beriman itu besar nilainya di sisi Allah S.W.T. 

Dari Umaiyah bin ‘Abdullah bin Khalid bin ‘Usaid r.a., dia berkata, Rasulullah S.A.W. meminta kemenangan kepada Allah dengan perantaraan orang-orang miskin dan lemah dari kalangan kaum Muslimin.” (Hadith riwayat al-Thabrani).

Dari Ibn ‘Abbas r.a. dari Nabi S.A.W., baginda bersabda, “Aku melihat ke dalam syurga, maka kulihat sebahagian besar penghuninya adalah orang-orang fakir. Aku melihat ke dalam neraka, maka kulihat sebahagian besar penghuninya adalah orang-orang kaya dan perempuan.” (Hadith riwayat Imam Ahmad).

Orang kaya di sini merujuk kepada orang kaya yang tidak bersyukur terhadap nikmat Allah dan kaum perempuan merujuk kepada wanita yang tidak berterima kasih kepada suami.

“Allah S.W.T. telah berfirman: “Takabbur itu redha-Ku, dan kebesaran itu izar-Ku. Maka barangsiapa berebut salah satunya dengan Aku, maka aku lemparkan dia ke dalam jahannam.”

Kadangkala alamat takabbur itu zahir melalui perkataannya seperti yang dipertuturkan oleh iblis: “…aku terlebih baik daripadanya (yakni daripada Adam), Engkau jadikan daku daripada api dan Engkau jadikan dia daripada tanah.” (Surah al-A‘raf: 12).

Alamat lain takabbur itu ialah apabila berbicara dengan orang seperti tiada mahu kalah perkataannya daripada orang lain dan tiada mengikut nasihat orang dan meskipun perkataannya salah dan perkataan orang lain adalah benar.

Apabila kita bertemu dengan orang takabbur, hendaklah kita memberi pengajaran kepadanya dengan balasan yang setimpal. Sabda Nabi S.A.W.:

“Apabila melihat kamu akan orang yang merendahkan diri, maka merendah olehmu akan diri kamu bagi mereka itu dan apabila melihat kamu akan orang yang takabbur, maka takabbur olehmu atas mereka itu.”

Dan sabda Nabi S.A.W.:

“Takabbur olehmu atas orang yang takabbur, maka bahawasanya takabbur atas orang yang takabbur itu sedekah, (yakni seperti pahala sedekah).”

Setelah mengetahui hakikat dan keburukan takabbur itu, maka hendaklah dia menyediakan dirinya untuk diuji. Ujian ini bertujuan untuk menghikis sifat takabbur itu.

Pertama, dengan mendedahkan diri kepada kritikan yang membina. Sekiranya dia berasa berat menerima kebenaran yang terkandung di dalam kritikan tersebut, maka itu menunjukkan terdapat unsur takabbur dalam dirinya.

Kedua, dengan bergaul dengan rakan-rakan di dalam majlis-majlis keramaian dan mencuba untuk mengutamakan mereka dari dirinya, cuba berjalan di belakangnya, dan cuba duduk di bawah mereka. Jika hatinya terasa berat, maka itu menunjukkan dia mempunyai sifat takabbur maka sayugialah dia terus melatihkan dirinya sehingga terkikis sifat takabbur itu. Tetapi haruslah waspada agar tidak termakan tipudaya syaitan yang menghasut supaya bergaul dengan mereka yang dianggap rendah dan hina, supaya disangkanya kita telah bersifat tawadu‘ sedangkan pada hakikatnya tidak. Sebenarnya, dia bersifat takabbur di dalam lakonan sifat tawadu‘.

Ketiga, menghadiri jemputan orang fakir dan miskin dan pergi ke pasar untuk mendapatkan keperluan teman atau keluarga. Jika hatinya berasa berat, maka itu menunjukkan sifat takabbur. Jika dia berasa berat ketika disaksikan orang dan sebaliknya ketika tidak disaksikan, maka itu menunjukkan dia mempunyai sifat riya’.

Keempat, memakai pakaian buruk. Sekiranya dia berasa berat ketika sendirian, itu menunjukkan sifat takabbur, dan sekiranya berasa berat ketika berada di sekitar orang, itu menunjukkan sifat riya’.

Inilah antara latihan yang boleh dilakukan untuk mendidik dan seterusnya menghakis sifat takabbur. Tujuan utama latihan-latihan tersebut adalah untuk membiasakan diri kita dengan sifat tawadu‘ dan melunturkan sifat takabbur itu sedikit demi sedikit. Nabi s.a.w. telah bersabda:

“Kebaikan itu kebiasaan.” 

Selain itu, hendaklah kita berusaha untuk menghidupkan hati. Shaykh ‘Abd al-Qadir al-Jilani telah menggariskan empat cara untuk menghidupkan hati iaitu berzikir, berdoa, membaca al-Qur’an dan solat malam.

Dan akhir sekali, janganlah sekali-kali kita berputus asa dari rahmat Allah. Berdoalah selalu kepadanya agar Dia mengheningkan hati kita. Sesungguhnya tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Hendaklah kita mengetahui bahawa Allah S.W.T. menyukai orang yang berbuat baik dan membenci mereka yang berlaku jahat dan keji. Perlakuan baik dan jahat merupakan refleksi hati seseorang itu. Telah bersabda Nabi S.A.W.:

“Ketahuilah, bahawa dalam tubuh itu ada segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh tubuh itu. Ketahuilah, bahawa segumpal daging itu adalah hati.” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim).

Maka sayugianya kita menjaga hati kita daripada sifat-sifat yang keji, termasuk sifat takabbur. Hendaklah kita menyedari siapakah diri kita ini di hadapan Allah ‘Azza Wa Jalla. Hendaklah kita menginsafi dan menangisi segala kesalahan dan kejahatan kita. Hendaklah kita menyedari asal-usul diri kita ini. Maka tidak sewajarnya kita berjalan dengan angkuh dan takabbur di muka bumi Allah ini. Tiada beza diri kita di kalangan manusia yang lain melainkan taqwa. Allah S.W.T. telah berfirman:

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” (Surah al-Hujurat: 13).

Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan perawakanmu, tetapi Dia melihat kepada hati dan niatmu.” (Hadith riwayat Ahmad, Muslim dan Ibn Majah).

Rasulullah S.A.W. telah bersabda lagi:

“Tidak masuk syurga orang yang mempunyai seberat zarah dari sifat takabbur.” (Hadith riwayat Muslim).

Allah S.W.T. telah berfirman:

Maksudnya: “Tidak diragukan lagi bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.”

Telah berfirman lagi Allah S.W.T.:

Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takabbur dan membanga-banggakan diri.” (Surah al-Nisa’: 36).

Cukuplah firman-firman Allah tersebut untuk menjadi sebaik-baik peringatan dan penutup kata. Wallahua‘lam.

* ringkasan dari malakian

10.3.10

FALSAFAH HIDUP ALMARHUM USTAZ HANAFI

Kalau kita kuat lari seperti kuda, manusia menggunakan kita sebagai kuda lawan,

Kalau kita bengis seperti harimau, manusia menggunakan kita untuk main sarkas,

Kalau kita kuat seperti gajah, manusia menggunakan kita menarik kayu balak,

Kalau kita kuat, keras seperti besi dibuatnya jambatan,

Tetapi jika kita mempunyai fikiran yang sempurna, sesiapa pun tidak boleh mengapa-apakan kita.

Oleh itu hidup di dunia ini mestilah mempunyai fikiran yang sempurna dan waras, supaya kita tidak menjadi alat kepada manusia – manusia yang sentiasa mencari kesempatan.

* petikan dari almahdali

24.2.10

IBU BAPA

Abu Hurairah r.a. berkata: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah S.A.W. dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab lagi: "Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”

Seorang sahabat bernama Jahimah r.a. datang menemui Rasulullah S.A.W. meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam peperangan (Jihad).
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”

Rasullullah S.A.W. bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "AH”, dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil.
[al-Isra 17:23&24]

وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَى وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]

ADANYA JASAD KITA DI SEBABKAN KEDUA IBU BAPA, OLIH ITU BERBAKTILAH KEPADA KEDUANYA DENGAN SEMAMPU MAMPUNYA, SESUNGGUHNYA KEPADA ALLAH S.W.T. JUA KITA KEMBALI.

30.1.10

REDHA IBU BAPA

Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka “Mungkin tersalah tempat”. Tetapi baginda menjawab “Tidak, di sinilah tempatnya”. Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman “Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut” Jawab Jin Ifrit “Tidak”. Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda ingin melihat di dalam kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajat kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya “Dari manakan mereka ini dan bagaimana mereka datang?”. Pemuda itu merasa kehairanan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat keajaiban yang ada di dalam kubah tersebut. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah redha diatas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah redha diatas khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya. Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu “Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini” Pemuda itu menjawab “Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi”. Nabi Sulaiman menghitung “. Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun”. Nabi Sulaiman berkata “Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya”. Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya”. Jawab pemuda tadi “Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini”. Nabi Sulaiman bertanya”Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu” Jawab pemuda itu “Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku”. Nabi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya “Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya”. Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

25.1.10

KISAH ALQOMAH

Anas r.a. berkata: "Ada seorang pemuda bernama Alqomah dimasa Rasulullah s.a.w. Pemuda ini rajin ibadat dan banyak sedekah, tiba-tiba ia sakit dan sangat berat sakitnya, maka isterinya menyuruh orang memanggil Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa suaminya sakit kuat dan didalam keadaan nazak sakaratul maut dan ingin menerangkan keadaannya. Maka Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal, Ali, Salman dan Ammar r.a. supaya pergi ketempat Alqomah dan memperhatikan bagaimana keadaannya dan ketika telah sampai kerumah Alqomah mereka langsung masuk kepada Alqomah dan menuntunnya supaya membaca: Laa ilaha illallah, tetapi lidah Alqomah bagaikan terkunci, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah itu, ketika para sahabat itu merasa bahawa Alqomah pasti akan mati, mereka menyuruh Bilal supaya pergi memberitahu hal itu kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. langsung bertanya: "Apakah ia masih mempunyai ibu dan ayah?" Jawabnya: "Ayahnya telah meninggal, sedang ibunya masih hidup tetapi terlalu tua." Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Bilal: "Ya Bilal, pergilah kepada ibu Alqomah dan sampaikan kepadanya salamku, dan katakan kepadanya: Jika kau dapat berjalan pergi kepada Rasulullah s.a.w., dan jika tidak dapat maka Rasulullah s.a.w. akan datang kesini." Jawab ibu Alqomah: "Sayalah yang lebih layak pergi kepada Rasulullah s.a.w. Lalu ia mengambil tongkat dan berjalan hingga masuk kerumah Rasulullah s.a.w. dan sesudah memberi salam ia duduk didepan Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w. bertanya: "Beritakan yang benar-benar kepadaku, jika kau dusta kepada ku nescaya akan turun wahyu memberitahu kepadaku, bagaimanakah keadaan Alqomah?" Jawab ibu Alqomah: "Alqomah rajin ibadat sembahyang, puasa dan sedekah sebanyak-banyaknya sehingga tidak diketahui berapa banyaknya." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Lalu bagaimana hubunganmu dengan dia?" Jawab ibu Alqomah: "Saya murka kepadanya." Rasulullah s.a.w. bertanya: "Mengapa?" Jawab ibu Alqomah: "Kerana ia mengutamakan isterinya lebih daripadaku."

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: ""Murka ibunya, itulah yang mengunci (menutup) lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah." Kemudian Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal supaya mengumpul kayu sebanyak-banyaknya untuk membakar Alqomah dengan api itu. Ibu Alqomah bertanya: "Ya Rasulullah s.a.w., puteraku, buah hatiku akan kau bakar dengan api didepanku? bagaimana akan dapat menerima hatiku?" Rasulullah s.a.w. bersabda: " "Hai ibu Alqomah, siksaan Allah s.w.t. lebih berat dan kekal, kerana itu jika kau ingin Allah s.w.t. mengampunkan dosanya, maka relakan ia (kau harus ridho padanya), demi Allah s.w.t. yang jiwaku ada ditanganNya tidak akan berguna sembahyang, sedekahnya selama engkau murka kepadanya." Lalu ibu Alqomah mengangkat kedua tangan dan berkata: "Ya Rasulullah, saya mempersaksikan kepada Allah s.w.t. dan kau ya Rasulullah, dan siapa yang hadir ditempat ini bahawa saya telah ridho kepadanya."

Maka langsung Rasulullah s.a.w. menyuruh Bilal pergi melihat hal keadaan Alqomah, apakah sudah mengucap Laa ilaha illallah atau tidak, khuatir kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu hanya kerana malu pada Rasulullah s.a.w. dan tidak pada hatinya. Apabila Bilal sampai dipintu rumah Alqomah tiba-tiba terdengat suara Alqomah membaca Laa ilaha illallah. Lalu Bilal masuk dan berkata: "Sesungguhnya murka ibu Alqomah itu yang menutup lidahnya untuk mengucap dua kalimah syahadah dan ridhonya kini melepaskan lidahnya, maka matilah Alqomah pada hari ini." Maka datanglah Rasulullah s.a.w. dan menyuruh supaya segera dimandikan dan dikafankan, lalu disembahyangkan oleh Rasulullah s.a.w. Dan sesudah dikuburkan Rasulullah s.a.w. berdiri diatas tepi kubur sambil berkata: "Hai sahabat Muhajir dan Anshar, barang siapa yang mengutamakan isterinya daripada ibunya maka ia terkena kutukan (laknat) Allah s.w.t. dan tidak diterima daripadanya ibadat fardhu dan sunatnya."

6.1.10

PETUA DAN PESAN

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing, "Makruh" kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh, "Makruh" dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (susah) kerana berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki/berkat.

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan, nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan, takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan, "makruh" dan mewarisi kepapaan.

Jangan menangguh taubat bila berbuat kesalahan kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan, nanti rosak persahabatan kita, hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita, nanti kita sombong apabila berjaya, kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah, sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa, nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan, doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN, sebab semuanya untuk keselamatan kita, ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)

31.12.09

SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Melihatmu, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu, bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum ketempat tidurmu. Kau benar2 orang yang bersyukur, aku menyukainya. Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. Hai Bodoh, kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama dan aku masih belum bolih benar2 mencintaimu, malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari syurga, dan aku akan tetap memanfaatkan mu sepanjang masa. Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan, akan tetapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka. Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkankepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kitajalani bersama. Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong, munafik, makan sekenyang-kenyangnya, bergosip, manghakimi orang, menikam orangdari belakang, tidak hormat pada orang tua , tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk. TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja. Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita. Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu. Aku ingin mengucapkan 'TERIMA KASIH' kerana sudah mengizinkanku memanfaatkan hampir semua masa hidupmu. Kamu memang sangat mudah diperbodohkan, saat kamu tergoda berbuat kesalahan kamu hanya tertawa. Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu. Kamu sudah berusia lebih 40 tahun, dan sekarang aku perlu darah muda. Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabuk, berbohong, berjudi, mengumpat dan hiduplah se-ego mungkin. Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya, begitulah anak-anak .Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang. Aku akan kembali beberapa saat untuk menggoda mu lagi. Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi dan bertaubat atas dosa-dosamu dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit. Memberi peringatan bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh. Jangan salah sangka, AKU MASIH TETAP MEMBENCI MU.

17.12.09

KEKASIH ALLAH


قُل إِِنْ كُنْتُمْ تُحِبّوْْنَ الّله فَاتَََّّبِعُوْنِي يُحْبِبْكُم الله

Katakanlah (Muhammad), "sekiranya kamu kasih kepada Allah, maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihimu" (Ali Imran:31)

Selawat Nuril Anwar:

اَللّهُمَّ صَلِى وَسَلِّمْ عَلَى نُورِالاَنْوَار . وَسِرِّالاسْرَارْ . وَتِرْيَاقِ اْلاَغْيَارْ . وَمِفْتَاحِ بَابِ اليَسَارْ . مُحَمًّدٍ المُخْتَار . وَآلِهِ الاَطْهَار وَاَصْحَابِهِ الاَخْيَار . عَدَدَ نِعَمِ اللهِ وَاِ فْضَالِه'

Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segenap rahsia, penawar duka dan kebingungan, pembuka pintu kemudahan, yakni junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. yang terpilih, keluarganya yang suci dan para sahabatnya yang mulia sebanyak hitungan nikmat Allah dan kurniaNya.

Selawat Tibbil Qulub:

اللهم صل على محمد طب القلوب ودوائها وعافية الابدان وشفائها ونورالابصار وضيائهاوعى اله وصحبه وسلم

Ya Allah, berilah rahmat ke atas (penghulu kami), nabi Muhammad S.A.W. (yang dengan berkat baginda), engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.


إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلاَئِكَـتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيماً

“ Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat keatas Nabi . Wahai orang² yang beriman berselawatlah kamu keatas Nabi dan ucaplah salam dengan penuh penghormatan kepadanya .” ( Surah Al-Ahzab:ayat 56 )

BERSELAWAT LAH KEATAS NABI (MUHAMMAD S.A.W.) SEBAGAI TANDA KASIH DAN MEMULIAKANNYA KERANA ALLAH S.W.T. (MEMERINTAHKAN SEDEMIKIAN)

1.12.09

IKHLAS

Suratul-Ikhlas

بسم الله الرحمن الرحيم
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ١اللَّهُ الصَّمَدُ ٢لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ٣وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ٤

Dalam sebuah hadis nabi saw bersabda :
من أخلص لله أربعين يوما أجراه الله الحكمة على لسانه

sesiapa yang beramal dengan ikhlas kepada Allah selama empat puluh hari akan di zahirkan oleh Allah perkataan hikmah di atas lidahnya.

Syarah Al-Hikam Tok Pulau Manis :
الأعْمَالُ صُوَرٌ قَائِمَةٌ أرْوَاحُهَا وُجُوْدُ سِرِّ الإخْلاَصِ فِيْهَا

bermula segala amal itu, segala rupa yang berdiri dan segala rohnya itu diperolih sir ikhlas padanya.

(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan-Nya. (Ayat 31 : Surah al-Hajj )

AMAL IBADAH ITU ADALAH PADA ZAHIRNYA SEDANGKAN IKHLAS ADALAH ROH PADA NYA, OLIH ITU BERAMAL IBADAH LAH HANYA KERANA ALLAH S.W.T.

23.10.09

TUJUAN BERAMAL

a. Orang yang bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijab di antaranya dengan Allah.
b. Ibadah biar sedikit cukup, tapi terasa, berjiwa, puas dan memberi kesan kepada jiwa.
c. Kita beribadah dengan tujuan menyembah Allah yang memang patut disembah. Jangan pula kita beribadah itu untuk menyembah nafsu kita dengan cara membina mazmumah.
d. Kalau orang alim tidak sedar akan kealimannya (tidak mengaku alim) ini petanda baik, tapi kalau orang bodoh tidak sedar akan kebodohannya ia sangat pelik.
e. Seseorang yang merasa sudah beramal kerana memang amalannya banyak,itu maknanya dia tenggelam dalam kebesaran dirinya dan dia telah syirik khafi.
f. Ada orang sembahyang banyak tapi ingat Allah sedikit. Ada orang yang boleh sembahyang sikit tapi ingat Allah banyak. Pilihlah yang kedua kerana tujuan sembahyang ialah untuk mengingati Allah.
g. Seseorang yang merasa belum beramal sedang amalannya sudah cukup banyak, tandanya dia sudah tenggelam dalam kebesaran Allah.

22.10.09

PERIA

Adapun buah peria itu, kalau ditanam di atas batas sakar, dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga.
Inilah perumpamaan yang paling panjang pernah saya temui. Perumpamaan ini menarik dan kena dengan situasi semasa. Tentang jati diri dan nilai sesebuah bangsa.
Secara jelas, pencipta perumpamaan ini mengambil analogi alam iaitu buah peria yang memang diketahui sifatnya dan rasanya yang pahit. Saya tidak pasti samaada beliau telah membuat ujikaji dengan “menanam peria di atas batas sakar, dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu” untuk membuktikan bahawa buah peria takkan berubah sifatnya dan rasanya walaupun dicuba dengan pelbagai cara.
Sebenarnya perumpamaan di atas di tafsirkan kepada manusia yang berlaku buruk atau jahat yang disamakan dengan rasa pahit peria itu. Makna asal perumpamaan ini ialah “orang jahat yang tidak dapat diperbaik kelakuannya”.
Namun, saya berpendapat persepsi itu (orang jahat tak akan berubah jadi baik) amat keterlaluan dan bernada prejudis.
Menyamakan peria dengan jati diri sesuatu bangsa amat tepat. Walau apapun cara digunakan untuk memaniskan peria, tidak akan berjaya kerana secara lahirian dan penciptaannya peria memang pahit dan akan pahit sampai bila-bila kecuali dengan izin Tuhan ia akan jadi manis. Wallahualam.
Perumpamaan ini yang lebih suka saya maksudkan dengan keutuhan jatidiri sesuatu bangsa yang sentiasa ingat nilai bangsanya. Segala cabaran dan pengaruh globalisasi dari aspek fizikal dan mental tidak akan mudah menyerap jika kita tahu fitrah diri.

14.10.09

PANTUN SILAT CEKAK

Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
.
Silat Cekak benar-benar asli
tidak bercampur hak luar negeri
hendaklah belajar bersungguh hati
untuk menjaga diri sendiri
.
Silat Cekak tersangatlah mudah
bagi mereka yang mendapat hidayah
sungguhpun begitu hendaklah tabah
Insya-Allah mendapat faedah
.
Silat Cekak pada lahirnya
pengertian gerak pada batinnya
hendaklah mahir seluruh anggota
hendaklah jujur pada jiwanya
.
Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat
.
Sebenar guru ada hakikat
dikuat pula amalan syariat
ditambah pula ilmu makrifat
berpakaian pula dengan isyarat
.
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
diakhirat kita masuk neraka
.
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.